Pengalaman ke Pulau Pangkor

Kisahnya aku tak pernah pergi Pulau Pangkor. Walaupun selalu dengar orang cakap Pulau Pangkor tak ada apa yang menarik pun. Okay la untuk orang yang pernah pergi mesti cakap macam tu tapi yang tak pernah jejak macam aku ni mesti la teringin juga nak merasa kan?

Pengalaman tu penting bagi aku di samping boleh berjalan-jalan. hikkss

Masa aku tau ada family gathering dekat area Teluk Batik ni terus tanya laki aku ada pergi Pulau Pangkor tak sebab dah alang-alang dekat kan dan aku pun teringin nak jejak. hahahha.. bini yang jakun dan suka berjalan memang la gitu.



Ada 2 jeti nak ke Pulau Pangkor. Satu naik feri dari jeti Marina Island, Teluk Batik dan satu lagi naik feri dari jeti Lumut tapi sebab kitorang dekat dengan Marina so naik feri dekat Marina je la. Tapi adik ipar aku orang perak sendiri cakap naik dari jeti Marina lagi cepat sampai ke Pulau Pangkor. Boleh refer maps (google) dibawah. Tiket aku tak sure berapa sebab aku takde masa beli tiket tu.



JETI MARINA ISLAND


Kawasan jeti Marina ni cantik sangat tapi aku tak banyak gambar dekat sini sebab masa ni anak aku tengah melasak. Risau kot sebab dekat je dengan laut. hahaha.. So aku simpan hp dan follow je dia. Boleh luruh jantung kalau dia lari dekat tebing tu. Kitorang sampai jeti ni dah tengahari sebenar nya. hahahha masa ni tengah tunggu feri pukul 12 tengah hari untuk ke Pangkor so boleh bayang panas macam mana? hahaha



Ni beberapa gambar yang sempat ambil dekat kawasan jeti Marina Island ni. Belakang gambar anak aku yang bawah ni ada satu kawasan bot-bot peranginan. Cantik sangat tapi sebab tengah panas terik so mood bergambar tu tarak.. hahahah..




Beratur nak naik feri.. dah lama gila tak naik feri besar sebenar nya dan aku tak berapa ingat feri ni macam mana tapi Alhamdulilah feri ke Pangkor ni ada aircond, dah la tengah panas gila masa ni terus rasa lega nyaaaa.. Satu nikmat.


JETI PANGKOR

Ramai juga orang datang Pulau Pangkor kebetulan masa ni masih cuti sekolah 27 Disember 2016. Masa aku sampai tu panjang gila orang beratur nak naik feri dan semua van pelancong dekat Pangkor ni adalah berwarna pink.. hahahha comel gila.. Aku datang kan dengan family besar so agak ramai jadi nya kena sewa 2 van untuk bawa jalan-jalan sekitar Pulau Pangkor.




TEMPAT SEJARAH - BELANDA DI PERAK

Tempat pertama yang kitorang singgah adalah tempat sejarah peninggalan belanda. dah lama gila tak pergi tempat bersejarah ni. hahah Tak reti nak cerita korang layan gambar je la.









ISLAND HOPPING

Aku ingat just pusing-pusing Pulau Pangkor rupanya sekali dengan island hopping dan snorkeling. Wahhh kau aku tak prepare baju spare segala... hahahhahaha... anak aku kan biasa nya tak suka gila pasir dan air laut tapi masa ni aku pelik sikit. Dia yang paling tak sabar dan tak kisah pasir segala. Musykil aku. Mungkin dia nak pantai di Malaysia je kot. Aku bawa sampai Lombok ritu pun taknak pijak pun pasir. Tak apa la nak kita berpijak di bumi Malaysia je la.. hahahahhaha



Tengok dia belajar mengenali pasir. hahahha.. geli-geli suka konsepnya. Nasib la baju dia aku ada bawa spare sepasang tapi bukan swimming suit la. Ok la kan dari balik pakai pampers je lagi haru.. hahahah.. Life jacket tu pun dia okay je pakai kalau biasa mana mahu. Bagus asyraf satu perkembangan yang baik.


Tengah tunggu speed boat untuk Island Hopping. Boat pun kena guna 2 yang hero-hero naik speed boat macam gambar atas ni yang kaum wanita dan budak naik yang ada bumbung. hehe


Tempat popular untuk snorkeling dekat area Pulau Pangkor adalah dekat Pulau Giam nama nya. Memang ramai gila orang weh sini dan macam terjaga la juga. Aku duk bayang kotor ke apa tapi tengok sendiri la air tu semua. Bersih la juga. Anak aku pun berani gila tiru aksi orang snorkeling. hahahhaha... 








Kalau lapar dekat Pulau Giam ni ada gerai.. hahahhahahahah comel kan gerai dekat tengah pulau kecil ni. Boleh la buat alas perut.





Kitorang ada pusing tengok beberapa pulau sekitar tu. Batu bentuk kepala ikan paus la dan macam-macam lagi. Overall okay la dan seronok juga. Bawah ni kapal tangkap ikan bilis kata nya.



KILANG SATE IKAN

Kitorang ada singgah kilang sate ikan masa on the way balik dari tempat island hopping tapi aku tak sempat ambil gambar. Ramai borong ole-ole la dekat situ. Anak aku dah tidur masa ni so hp pun dah selamat simpan.

FU LING GONG TEMPLE, PANGKOR




Kalau larat sila la daki anak tangga ke atas. Aku rilex dekat bawah je. Tak daya aku nak daki. hahahhha.. Anak aku tengah tidur dalam carrier..




MUZIUM PULAU PANGKOR

Actually aku ingat dah habis dah tempat melawat rupa nya ada lagi.. hahahha.. Singgah kejap dekat Muzium Pangkor. eh muzium ke galeri? hahahha






Sekian day trip kami ke Pulau Pangkor. Terima kasih semua yang menjayakan gitu sebab hasrat aku dah tercapai. hahahha... Kalau sesapa yang tak pasti nak bawa family pergi mana untuk short trip boleh la pilih ke Pangkor. Drive dari KL pun tak jauh sangat. Mungkin boleh stay 1 malam dekat sana ke. Malam tu kami BBQ. Alhamdulilah rezeki. 




4 comments

  1. Gigih dukung anak dalam carrier tu.
    .
    Anak sis pun bukan main selesa landing ya.
    .
    Hahaha.
    .
    Alhamdulilllah, murah rezeki Allah bagi kat Misztrex
    .
    Dapat jalan jalan dengan family

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulilah..

      Anak 13kg kot terpaksa laaa... hahahahha

      Delete
  2. Seronok ny ! =D
    tgk view pun cntik, pgangkutan lg la comel smua bas pinky2 gtu hoho

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...